MARANG: Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Bagaimanapun, beliau berkata, tarikh-tarikh tertentu berkenaan perkara itu sudah difikirkan, namun, ia perlu dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dahulu untuk diperkenan baginda.
"Bila untuk saya menghadap Tuanku Sultan pun belum tahu lagi. Saya belum hantar permohonan untuk menghadap Tuanku Sultan berhubung perkara itu.
"Cuma gambaran awal itu sudah ada, biar saya maklumkan kepada Tuanku Sultan dahulu kemudian saya akan umumkan. Kita masih ada masa hingga 30 Jun (terbubar secara automatik)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) kawasan Marang, di sini, malam tadi.
Selain Terengganu, Kerajaan Negeri Kedah dan Selangor juga masih belum mengumumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing, manakala DUN Kelantan dilaporkan akan dibubarkan pada 22 Jun, Pulau Pinang (28 Jun), dan Negeri Sembilan (30 Jun).
Sementara itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turut hadir pada majlis itu berkata Majlis Presiden PN akan bersidang pada Rabu (21 Jun) bagi menoktahkan perbincangan agihan kerusi parti dalam gabungan itu untuk berdepan PRN akan datang.
Beliau berkata, ketika ini, hanya berbaki beberapa kerusi lagi yang belum selesai, mengambil kira kesesuaian parti-parti komponen PN untuk bertanding di sesuatu kawasan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. - Gambar BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).